About me

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
CEO Gel Mandian Bidara Specialist
Senggarang, Batu Pahat, Johor

Nama penuh Zul hilmei Bin Mohamad Rohani. Lahir di Hospital Kluang Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Rejo Sari, Batu Pahat. Di peringkat menengah di Madrasah Bugisiah Li al-Tarbiyyah al-Islamiyyah, Tampok, Benut(1990),kemudian melanjutkan pelajaran di Maahad Johor (1994) dan Madrasah Tarbiyyah Mardziah, Panchor, Kemumin, Kelantan (1995).

Semasa di Kelantan, sempat berguru dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan setiap minggu di Kuliah Jumaat Tafsir al-Quran di Dewan Zulkifli Mohammad, Jalan Dato Pati, Kota Bahru Kelantan dan di Masjid Pulau Melaka, setiap hari Selasa dan Rabu, pengajian Kitab Fiqh al-Sirah al-Bouthi dan Mau’izatul Mukminin (Bimbingan Mukmin) selama setahun sebelum menyambung pengajian ke Universiti AlAzhar, Mesir pada tahun 1997 dalam Fakulti Usuluddin, Jabatan Hadith dan Ilmu Hadith sehingga tahun 2002.

Beliau juga merupakan CEO Gel Mandian Bidara Consultancy. Untuk lebih mengetahui bagaimana rawatan yang beliau lakukan, sila klik link biru di bawah:

 

http://gelmandianbidara.com