Kisah dalam al-Quran sebenarnya adalah ilmu arkeologi

Arkeologi islam telah terbina bermula dengan kisah-kisah benar yang terdapat dalam al-Quran. Al-Quran mendedahkan sejarah kehidupan manusia terdahulu yang pernah Allah utuskan kepada mereka Nabi dan Rasul.

Al-Quran menyarankan agar manusia membuat pengembaraan ke serata dunia bagi mengesahkan kebenaran yang diceritakan Allah dalam al-Quran. Jika manusia tidak yakin dengan al-Quran, maka Allah mencabar manusia untuk melakukan kajian.

Kajian demi kajian terhadap kisah-kisah al-Quranlah yang menyebabkan ia berkembang menjadi ilmu arkeologi.

Maka terbitlah beberapa karya hebat seperti¬†al-Athar al-Baqiah Anil Qurun al-Khaliah, al-masalik wa al-mamalik dan seumpamanya yang menyentuh ilmu ini. Al-Biruni menulis Tahqiq ma Li’l Hind, berkaitan dengan geografi, geologi dan kesan sejarah india.Buku ini diterjemahkan ke bahasa latin lalu dijadikan panduan oleh pelayar Portugis ke India 1498. Attar al-Khatib pula mengkaji batu batan serta sifatnya yang berkaitan fosil.

 

Pada asalnya mereka mahu mencari bahan bukti, kesan sejarah yang diceritakan oleh Allah, tiba-tiba mereka menemui teknologi-teknologi luarbiasa jauh lebih hebat daripada apa yang kita miliki.

Firman Allah yang menjelaskan kaum terdahulu jauh lebih hebat tamadunnya:

 

Maksudnya:Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan, kemewahan dan teknologi) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

Ilmu Palentologi berkembang setelah al-Biruni menjadi pelopor kepada pengkajian terhadap fosil. Tokoh seperti  Al-Biruni turut mengkaji kisah ZulQarnain serta mentafsirkannya bahawa ada kawasan kutub yang siangnya 24 jam berdasar kisah ini. Kajian geologi berkembang daripada arkeologi dalam tamadun islam

Kisah umat terdahulu serta peninggalan mereka dalam al-Quran berpindah ke Barat kemudiannya berkembang menjadi ilmu arkeologi

 

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku
Fakta Saintifik Surah Yasin

Fakta Saintifik Surah Yasin