• 5

    Cabar Kaji Kapal Laut

    Surah Yasin Ayat 41-43 : "Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, ".

Ini bukan buku sebenar. Gambar hanya untuk memudahkan faham

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

"......Kehidupan manusia tidak lengkap kecuali memerlukan interaksi maritim. Sebagaimana manusia perlu kepada bumi, masa dan sistem solar yang berada di cakerawala, kita juga memerlukan sistem maritim. Hubungan antara kedua-duanya adalah sangat kuat. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa bahtera yang 'berenang' atau 'belayar' di lautan memerlukan segala sistem yang berenang-renang di angkasa. Apa yang menghairankan ialah Allah menggambarkan kapal laut sama seperti gunung-ganang! Kenapa?". Tidak mungkin Allah berkata dusta, namun mengapa Allah berkata demikian?

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
  • 6

    Cabar Kaji DNA & Sains Forensik

    Surah Yasin Ayat 65 : "Pada waktu itu Kami kunci mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. ".

Ini bukan buku sebenar. Gambar hanya untuk memudahkan faham

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

"......Jika manusia pada hari ini boleh mengetahui identiti dan jenayah yang dilakukan oleh seseorang melalui cap jari dan kesan-kesan kerja tangan dan kaki mereka, adakah mustahil bagi Allah yang lebih awal mencipta cap jari tersebut untuk mendedahkan semula amalan mereka? ".

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
  • 7

    Cabar Kaji Embriologi

    Surah Yasin Ayat 77-79 : "Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati), Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?" Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); ".

Ini bukan buku sebenar. Gambar hanya untuk memudahkan faham

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

"......Manusia tidak layak menjadikan tulang yang reput sebagai hujah menolak hari kebangkitan. Kejadian tulang itu sendiri adalah proses keempat setelah melalui beberapa proses yang lain. Mengapa manusia berhujah tulang-temulang yang sudah reput merupakan penyebab mereka tidak dibangkitkan walhal sebelum daripada itu ada proses lain sebelum tulang dijadikan? Perincian kejadian manusia dalam al-Quran yang diakui oleh sains pada hari ini membuktikan bahawa manusia tidak layak mempertikaikan kemampuan Allah menghidupkan semula mereka di akhirat kelak! ".

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
  • 8

    Cabar Kaji Kimia

    Surah Yasin Ayat 80 : "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu ".

Ini bukan buku sebenar. Gambar hanya untuk memudahkan faham

Sheikh Mutawalli Sya'rawi

"......Jika manusia berpendapat, menghidupkan semula yang mati adalah sesuatu yang pelik, menghidupkan api dari pokok kayu yang hijau juga merupakan sesuatu yang pelik! Ini kerana kuasa yang menghidupkan manusia daripada tulang yang reput adalah kuasa yang sama yang menghidupkan api dari pokok kayu yang hijau (Pokok Marak atau nama saintifiknya Leptadenia pyrotechnica) Cuba kamu fikirkan bagaimana batang yang basah dan masih hijau mampu mengeluarkan api, sedangkan ia mengandungi air? Bagaimana api dapat dihasilkan daripada air?".

Sheikh Mutawalli Sya'rawi
Tafsir Khawatir Mutawalli Sya'rawi

Testimonial


Perpustakaan Negara Malaysia Beli 100 200 300 499 Naskhah Bagi Perbekalan Perpustakaan Desa Seluruh Negara Bagi Tahun 2017


arrow

Tempah sekarang!