Surah Yasin Cabar Manusia 8 Perkara!
Al-Quran Cabar Manusia Jika Rasa Syak & Ragu, Lakukanlah Kajian!
Teknik Ini Dapat Bantu Mantapkan Akidah, Kemahiran Berfikir & Menjadi Pakar Dalam Pelbagai Disiplin Ilmu Seperti Abu Raihani al-Biruni!
Surah Yasin Cabar Manusia Kaji 8 Perkara Penting!
-
1
Cabar Kaji Bumi, Tanah dan Manusia
Surah Yasin Ayat 33-34 : "Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair".

Ini bukan buku sebenar. Gambar hanya untuk memudahkan faham
![]()
![]()
"......sekiranya kamu merasa ragu terhadap hari kebangkitan, maka lihat, buatlah kajian terhadap asal usul kejadianmu, agar segala keraguan dan rasa syak akan lenyap"
Imam Asy-Syaukani
Tafsir Fath al-Qadir
![]()
![]()
"......Jika diperhatikan proses menghidupkan semula bumi yang sudah mati memerlukan beberapa jenis organisma, diikuti dengan adanya kelembapan udara dan cahaya matahari. Allah yang yang berkuasa menghidupkan bumi yang mati, menumbuhkan pokok-pokok yang menghijau dan berbuah, mengurniakan kelazatan dan memperindahnya sehingga memberi manfaat yang besar kepada manusia dan memberikan bekalan mata air kepada bumi yang kering kontang, adakah mustahil bagi-Nya untuk menghidupkan semula manusia yang sudah mati?"
Dr Nazmi
Bekas Pensyarah, Dekan dan Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Bahagian Ilmu Biologi & Geologi, Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir
-
2
Cabar Kaji Setiap Makhluk Yang Berpasangan
Surah Yasin Ayat 36 : "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya".

Ini bukan buku sebenar. Gambar hanya untuk memudahkan faham
![]()
![]()
"......Semua makhluk yang ada di dunia ini hanyalah dunia bayangan iaitu hanyalah titik-titik cahaya yang terpancar daripada pasangan cas-cas elektrik positif dan negatif" - Jika begitu keadaannya, adakah kehidupan ini semudah menghidup dan mematikan suiz lampu?
Sheikh Tantawi Jauhari
Tafsir Al-Jawahir Fi Tafsir Al-Quran Al-Karim
-
3
Cabar Kaji Kejadian Malam dan Siang
Surah Yasin Ayat 37 : "Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita".

Ini bukan buku sebenar. Gambar hanya untuk memudahkan faham
![]()
![]()
"......Kejadian malam dan siang disebabkan pergerakan bumi di atas paksinya yang kemas, kukuh dan tidak berubah-ubah. Situasi ini telah mengajar manusia ilmu yang berkaitan masa dan waktu. Ertinya manusia hanya mengukur masa yang telah ditentukan oleh Allah, sebelum manusia mencipta jam melalui pergerakan bumi di atas paksinya. Pergerakan jam menunjukkan pergerakan bumi."- Jika jam menunjukkan pergerakan bumi ertinya kejadian malam dan siang mengajar manusia matematik perkiraan masa agar mereka dapat menyusun kehidupan secara sistematik. Kuasa inilah yang memiliki hak mutlak menghidupkan manusia semula iaitu Allah
Sya'ban Ahmad Soleh
Kitab Kunuz al-I'jaz al-I'lmi Fi Al-Quran al-Karim
-
4
Cabar Kaji Peredaran Planet Dan Cakerawala
Surah Yasin Ayat 38-40 : "Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. ".

Ini bukan buku sebenar. Gambar hanya untuk memudahkan faham
![]()
![]()
"......Elektron bergerak arah lawan jam, bumi bergerak arah lawan jam, matahari bergerak arah lawan jam, bintang-bintang bergerak arah lawan jam, bulan juga bergerak arah lawan jam, begitu juga planet-planet seperti Venus, Neptun, Musytari, semuanya bergerak arah lawan jam. Paksi bumi condong, paksi bulan juga condong, paksi Marikh condong, paksi matahari condong. Apa yang menghairankan adalah ciri-ciri nukleus dan elektronnya adalah sama seperti matahari dengan planet-planet yang mengelilinya. Justeru, ciri-ciri persamaan yang terdapat pada alam semesta ini akan mengembalikan pengkaji kepada pencipta alam tersebut iaitu mentauhidkan-Nya berikutan ciri-ciri keesaan itu terjelma di dalam sistem alam semesta ".
Said Hawwa
Allah Jalla Jalaluh, Kaherah Mesir
Mengenai Saya

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin
Founder & CEO Bidara Specialist